nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Thaksin dapat pengampunan diraja sehari lepas mohon

2 SEPT : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra mendapat pengampunan diraja sehari selepas permohonan dikemukakan.

Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan berkenan mengurangkan hukuman penjara lapan tahun Thaksin kepada setahun, menurut warta diraja pada Jumaat.

Semalam, Menteri Kehakiman, Wissanu Krea-ngam memaklumkan menerima permohonan tersebut namun tidak memberikan maklumat lanjut sama ada permohonan itu dibuat Thaksin atau keluarganya.

Sementara itu, menurut warta diraja, Thaksin seorang perdana menteri yang berjasa kepada negara, rakyat dan setia kepada institusi beraja.

Thaksin juga menghormati proses undang-undang, mengakui kesalahannya dan menerima keputusan mahkamah.

“Beliau (Thaksin) sudah tua dan mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan pakar perubatan.

“Baginda berkenan memberikan pengampunan dan mengurangkan hukuman kepada setahun supaya beliau (Thaksin) dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk membantu negara, masyarakat dan rakyat,” menurut warta diraja itu.

Pada 22 Ogos lalu, Thaksin kembali ke Thailand selepas 15 tahun hidup dalam buangan dan pada hari  sama beliau tiba di tanah airnya itu, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadapnya atas tuduhan rasuah.

Pada hari pertama di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok, beliau dimasukkan ke Police General Hospital kerana masalah kesihatan selepas mengadu sakit dada, darah tinggi, tahap oksigen dalam darah yang rendah dan insomnia.

Pegawai perubatan penjara berkata Thaksin memerlukan pemantauan rapi.

Awal minggu ini, kumpulan anti-Thaksin menentang percubaan Thaksin untuk mendapatkan pengampunan diraja kerana bagi mereka kes rasuah merosakkan tadbir urus dan reputasi negara dengan teruk maka tidak sepatutnya ada pengampunan.

Kepulangan Thaksin berlaku hanya beberapa jam sebelum Srettha Thavisin dari Parti Pheu Thai dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Pheu Thai merupakan parti yang disokong Thaksin itu membentuk kerajaan campuran dengan 11 parti lain termasuk dua pesaing, Palang Pracharath Party (PPRP) dan United Thai Nation (UTN) yang ada hubungan dengan tentera.

Ini sekali gus mencetus spekulasi bahawa perjanjian telah dibuat untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Thaksin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.