Berus Skitto Clean daripada bulu babi : Brunei
4 SEPT : Brunei mengesahkan berus pembersih Skitto Clean diperbuat daripada bulu babi.
Perkara itu diumum Bahagian Kawalan Makanan Halal Kementerian Hal Ehwal Ugama (MoRA) di Jabatan Hal Ehwal Syariah.
Memetik laporan media, Jabatan Perkhidmatan Saintifik Kementerian Kesihatan pengesahan kandungan berus tersebut dibuat susulan aduan orang ramai.
Jabatan Hal Ehwal Syariah negara berkenaan segera mengarahkan produk itu, serta barangan lain di bawah jenama tersebut dikeluarkan daripada rak kedai bagi menghalang orang Islam membelinya.
Dalam pada itu, MoRA mengingatkan pemilik perniagaan, pengurus, peruncit, pembekal dan pengimport supaya berwaspada apabila mengimport produk luar ke negara itu bagi memastikan barangan tidak halal tersebut tidak dipamerkan bersama produk halal.
Sehubungan itu, semua umat Islam, restoran dan pembekal makanan yang menggunakan produk Skitto Clean terutama pemilik sijil halal dan permit daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) diarah menjalankan pembersihan.
Sementara itu, MUIB turut membatalkan sijil halal yang dikeluarkan kepada sebuah kedai makan di negara itu berkuat kuasa 31 Ogos lalu susulan pelanggaran keperluan halal iaitu menggunakan empat berus yang dibuat daripada bulu babi.
*Foto : Facebook Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei