nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fatwa politik: Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin

4 SEPT: Polis membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung ucapannya berkaitan ‘fatwa politik’ dalam ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kempas, Johor, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Menurut beliau, setakat ini pihak polis menerima satu laporan polis yang dibuat di Kuala Lumpur.

“Ya, ada satu laporan diterima dan kita telah buka kertas siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman.

“Tindakan selanjutnya dengan mengambil keterangan beliau dalam masa terdekat,” katanya, hari ini.

Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dilapor menyatakan haram bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat pada PRK Parlimen Pulai yang bakal berlangsung 9 September ini.

Dakwa Muhyiddin, perkara tersebut sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menegur tindakan ahli politik yang sewenang-wenangnya mengeluarkan ‘fatwa haram’ kepada pihak tertentu.

Tidak menujukan perkara itu terhadap sesiapa, Shukri mengingatkan pemimpin politik supaya menjaga tertib dalam berkata-kata serta tidak menggunakan peluang berkempen untuk menjatuhkan satu sama lain.

“Bercakaplah hal politik dan siasah. Siasah ini adalah usaha untuk membangunkan negara. Bagi pandangan saya, lebih baik kita mengetengahkan isu dalam kempen apa yang mahu dibuat dan tidak menggunakan kempen untuk menjatuhkan satu sama lain.

“Tuduh- menuduh ketika ini seolah-olah sudah  perkara biasa, bukan baharu. Tetapi yang kita tak mahunya kalau diseret kepada hal yang menyentuh hukum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan penyokong parti tertentu agar tidak bertindak di luar kawalan yang akhirnya mengundang perbalahan.

Jelas beliau, semua pihak tidak perlu merumitkan keadaan dengan memperbesarkan isu yang tidak perlu.

“Penyokong pun kita mengharapkan perkara yang sama, sudah 66 tahun negara merdeka, maknanya kita sudah berada dalam situasi dewasa yang boleh berfikir dengan matang. Jadi masing-masing ketengahkanlah program tanpa menghujah tentang isu peribadi.

“Maksudnya, bentangkan apa yang mahu dibawa  jika pemimpin atau parti mereka menang. Sebab saya bimbang, takut kita menghujani peluru sesama sendiri, tenaga umat Islam akan terbuang begitu saja. Fikiran, tenaga, potensi, kemampuan umat Islam hangus dibakar oleh kita sesama sendiri.

“Sepatutnya kelebihan yang ada pada masing-masing itu kita bangunkan, bukan kita menghujani peluru untuk menghancurkan sesuatu pihak. Jadi kita takut, kalau kita tak berhati-hati, kita akan hilang segalanya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.