nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keterlaluan guna hukum Allah haramkan undi saya

4 SEPT : Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ‘fatwa’ haram yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin keterlaluan.

Katanya, fatwa itu dikhuatiri akan menjadi permainan politik.

“Saya tiada masalah jika tidak sokong saya, tetapi jika gunakan hukum ALLAH untuk menghukum haram, pada saya itu keterlaluan.

“Jika orang politik boleh menggunakan hukum Islam, hukum haram ini kepada seteru politik, saya khuatir ia akan jadi permainan kepada orang lain. Ini amat merbahaya,” katanya pada program Ceramah Mega Perpaduan Madani di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, malam tadi.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah); Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ketika berucap pada ceramah sempena PRK Parlimen Pulai mengeluarkan ‘fatwa haram’ mengundi Suhaizan.

Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata akibat berkawan dengan PAS, Muhyiddin sudah mula masuk fahaman takfiri yang merujuk kepada perbuatan mengkafir dan menyesatkan kumpulan tidak sealiran.

“Saya tak sangka Muhyiddin, orang yang saya hormat…saya jarang sentuh dia tetapi bila dia buat ‘fatwa’ haram untuk mengundi calon kita, saya kata inilah akibat berkawan dengan PAS.

“Dia dah mula masuk fahaman takfiri. Kita kena jaga…Tolonglah masyarakat Malaysia, apa pun perbezaan pandangan, kita jangan ‘cop’ orang ini terkeluar Islam… orang ini ahli syurga… (atau) orang ini ahli neraka.

“Itu Allah SWT yang menentukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.