nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Air tangan’ Raja Permaisuri Agong di Lahad Datu

5 SEPT : Penduduk Lahad Datu bertuah dapat merasai ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Majlis Santapan Bersama Rakyat sempena Kembara Kenali Borneo, semalam.

Meski keletihan, baginda berkenan menyediakan empat menu ‘air tangan’ iaitu ikan bilis masak kicap, ikan bilis masak asam, udang berlada dan bubur lambuk.

Baginda ‘beraksi’ sambil disaksikan ratusan penduduk sekitar yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sendiri kepakaran Tunku Azizah yang amat dikenali dalam bidang masakan.

“Bilis banyak di sini, jadi saya masak menu ikan bilis masak kicap dan sedikit ikan bilis masak asam,” titah Tunku Azizah sambil tangan baginda lincah memotong bawang putih, bawang besar dan lada merah.

Baginda dibantu petugas Istana Negara dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) namun Tunku Azizah berkenan memeriksa penyediaan bubur lambuk malah menyukat serta memasukkan sendiri rempah ratus yang diperlukan.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya menzahirkan rasa teruja dapat melihat sendiri keindahan pemandangan dan kepelbagaian tanaman di sepanjang jalan yang dilalui baginda dari Tawau Ke Lahad Datu.

Sepanjang pemanduan Baginda disambut rakyat negeri itu yang teruja dapat melihat pasangan diraja itu. Foto : Facebook Istana Negara

“Saya, tuan puan, dapat tengok tanaman selain kelapa sawit iaitu betik, ubi kayu, langsat, duku, durian dan rambutan. Tanaman ini harus dipelbagaikan serta banyak hasil yang boleh dijual dengan harga berpatutan.

“Saya bersyukur dapat merasa makan durian kampung yang lagi sedap daripada Musang King. Durian kampung ini patut dipasarkan ke luar negara,” titah baginda pada Majlis Santapan Bersama Rakyat itu.

Seri Paduka turut memohon maaf atas kelewatan baginda tiba ke majlis itu kerana terpaksa memandu perlahan bagi menyantuni rakyat yang menunggu di sepanjang jalan dari Tawau hingga ke Lahad Datu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Kuching merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.