nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hanya Sultan Johor layak perkenan fatwa di Johor

5 SEPT: Hanya Jawatankuasa Fatwa Negeri yang mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang boleh membuat sebarang fatwa di negeri itu.

Perkara ini ditegaskan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid susulan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat ‘fatwa politik’, baru-baru ini.

Beliau menggesa semua pihak khususnya ahli politik supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah-belah masyarakat dan mengelirukan terutama membabitkan fatwa.

“Di Johor, fatwa hanya boleh ditetap oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri selepas diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Fatwa jawapan hukum bagi pelbagai situasi yang berlaku sama ada situasi yang sedia ada atau situasi baru.

“Sesuatu fatwa dinisbahkan atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan ketidaktentuan berhubung dengan hukum syarak,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu ketika berucap pada ceramah sempena PRK Parlimen Pulai mengeluarkan ‘fatwa haram’ mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat, Sabtu ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared menegaskan, fatwa hanya boleh dibuat dan diputuskan sama ada atas perintah Sultan Johor serta boleh dibuat atas kehendak jawatankuasa fatwa itu sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada mufti seperti digariskan di dalam Fasal 47 Enakmen.

Oleh itu, katanya tiada mana-mana pihak yang layak mengeluarkan sebarang hukum dalam urusan beragama di negeri Johor.

Sehubungan itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata semua pihak wajar sentiasa menjaga adab dan perpaduan sesama umat Islam dan seluruh masyarakat di Johor.

“Agama Islam di Johor kekal dimartabat, bahkan diimarahkan pensyariatannya dengan pengembangan dakwah serta syiar Islam yang berterusan di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.