nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BNM kekalkan OPR 3 peratus

7 SEPT: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan BNM hari ini, kadar berkenaan dikekalkan selepas kenaikan pertama diumumkan pada mesyuarat Mei 2023.

Pada 6 Julai lalu, MPC BNM mengumumkan OPR kekal pada 3.00 peratus selepas kenaikan pertama tahun ini dilakukan pada Mei, meningkat 25 mata daripada 2.75 peratus pada Januari dan Mac lalu.

BNM berkata, ekonomi global terus berkembang didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.

“Bagaimanapun, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang kekal tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Perdagangan global juga terjejas disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan serta permintaan yang terus berkurang dalam sektor elektrik dan elektronik,” katanya.

Dalam pada itu, BNM turut menyatakan pertumbuhan di China yang lebih perlahan daripada jangkaan turut menjejaskan ekonomi global.

“Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun. Meskipun inflasi teras semakin perlahan di ekonomi maju, inflasi masih melebihi purata jangka panjang.

“Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat. Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh momentum ekonomi negara maju yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak,” katanya.

Menurut BNM, pada suku kedua tahun 202 pertumbuhan ekonomi Malaysia telah terkesan akibat permintaan luaran yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang menurun.

“Pada masa hadapan, pertumbuhan akan terus didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dalam keadaan persekitaran luaran yang mencabar.

“Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan, khususnya dalam sektor berorientasikan dalam negeri, terus menyokong perbelanjaan isi rumah,” katanya.

BNM berkata pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek pertumbuhan dan inflasi.

Justeru, MPC akan terus progresif dalam memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.