nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ceramah di masjid: Fahmi saman Papagomo, Dusuki, Fauzan

7 SEPT : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memfailkan saman terhadap tiga individu atas dakwaan memfitnah kononnya beliau berceramah politik dalam sebuah masjid di Rawang, Julai lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyaman blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo; penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani serta pemilik akaun Facebook N13 Kuang, Mohd Fauzan Madzlan.

Menurut Bernama, Peguam Fahmi, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata ketiga-tiga saman itu difailkan secara berasingan pada 5 September di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi Tetuan Asheeq Ali & Company.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi sebagai plaintif mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

Dakwa plaintif, kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos manakala di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai lalu.

Katanya, kenyataan itu tidak berasas dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik di masjid tersebut.

Plaintif turut mendakwa kenyataan fitnah itu dibuat bertujuan memburukkan nama baiknya demi mendapatkan publisiti murahan atau mewujudkan sensasi dalam arena politik negara selain menjejaskan reputasinya sebagai ahli Parlimen dan anggota jemaah menteri.

Pihak Fami telah menghantar surat tuntutan bagi ketiga-tiga individu itu menarik balik kenyataan fitnah berkenaan, membayar ganti rugi dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif namun sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.

Fahmi mendakwa tiga defendan itu masih mengekalkan kenyataan fitnah berkenaan dalam laman sosial mereka.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.

Plaintif juga menuntut agar tiga defendan itu membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berkenaan melalui akaun laman sosial mereka dan semua media massa dan media atas talian dengan kandungan permohonan maaf harus dipersetujui terlebih dahulu oleh plaintif.

Kes saman terhadap Dusuki dan Fauzan ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar pada 5 Oktober ini manakala kes membabitkan Muhammad Azri pada 9 Oktober di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aisyaf Falina Abdullah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.