Pesawat bawa 12 rakyat Israel mendarat cemas di Malaysia
7 SEPT : Kapal terbang Emirates yang membawa 12 rakyat Israel dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Malaysia, pagi semalam.
Pesawat dari Dubai menuju ke Singapura itu membuat pendaratan di Kuala Lumpur susulan keadaan cuaca yang buruk.
Perkara itu dilaporkan Jerusalem Post yang memetik Kementerian Luar Negeri Israel.
Menurut laporan itu, pihak kementeriannya mengubungi rakyatnya untuk memastikan keselamatan mereka memandangkan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Kata kementerian itu, kesemua penumpang tidak dibenarkan turun dari pesawat dan selepas lima jam menunggu, pesawat EK354 itu berlepas ke Singapura.