nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri prihatin keselamatan rakyat

9 SEPT : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan rakyat sepanjang jelajah Kembara Kenali Borneo.

Seri Paduka berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh rakyat Sabah yang sanggup menunggu bermula daripada keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Tawau tanpa mengira penat lelah, waktu serta keadaan cuaca terutama pada lewat malam dan ketika hujan lebat.

Menurut kenyataan Istana Negara, Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo menasihati orang ramai supaya tidak bersusah payah menunggu rombongan terutama sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil dan terutamanya ketika hujan lebat.

Tunku Azizah mesra melayan rakyat yang menanti pasangan diraja itu sepanjang jalan kembara di Sabah.

“Seri Paduka berdua dan pihak Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo amat prihatin dengan keselamatan diri dan ahli keluarga rakyat yang menunggu rombongan Baginda berdua di lokasi-lokasi seterusnya Kembara Kembali Borneo peringkat negeri Sarawak.

“Oleh demikian, pihak urusetia menasihati orang ramai supaya sentiasa berada di bahu jalan raya dan tidak menyeberangi jalan raya ketika rombongan melintasi lokasi-lokasi untuk mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak bersusah payah menunggu rombongan terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil dan ketika hujan lebat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bagi memastikan keselamatan orang ramai yang berada di bahu jalan raya terjamin, pihak urusetia juga turut memohon kepada pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah kawalan yang berkesan.

Seri Paduka berdua berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo bermula 3 September untuk mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, melibatkan pengembaraan jarak sejauh 2,154 kilometer dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. OLEH : AISYAH BADRUL

*Foto : Facebook Istana Negara

Get real time updates directly on you device, subscribe now.