nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tumpu usaha perkukuh keterjaminan makanan

11 SEPT :  Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkukuh keterjaminan makanan melalui pelaksanaan projek pengeluaran pertanian moden yang berskala besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan turut menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk mempergiat kegiatan pertanian pintar bagi menyokong usaha ini.

“Saya telah meluncurkan projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah dengan pelaburan sebanyak RM3 bilion.

“Selain itu, kecekapan pengurusan pengeluaran makanan akan dipertingkat untuk mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian,” katanya ketika pembentangan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan turut dipergiat bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan, mengukuhkan rantaian bekalan makanan dan menggalakkan penerimagunaan teknologi dalam pertanian selain menoktahkan kemiskinan tegar.

“Kerajaan kekal komited untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan dan meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi.

“Kemandirian pengeluaran makanan tempatan akan ditingkatkan melalui automasi dan pendigitalan agar berskala lebih besar dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, bagi memastikan industri getah negara terus berdaya saing, langkah diambil untuk mentransformasikan industri itu termasuk melalui penggalakan aktiviti hiliran.

“Dalam hubungan ini, industri hiliran getah Malaysia khususnya pengeluaran sarung tangan berada pada kedudukan pertama di dunia.

“Kerajaan juga akan menggalakkan penghasilan produk getah yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta memperhebat kegiatan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pemindahan teknologi bagi memperkasa industri getah negara,” katanya.

Selain itu, kerajaan juga akan mempertingkatkan program dan inisiatif pembasmian kemiskinan sedia ada melalui Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dimulakan pada 2023.

“Program ini akan membolehkan golongan miskin mempelbagaikan sumber pendapatan secara mampan, seterusnya melindungi golongan ini daripada jatuh semula ke perangkap kemiskinan.

“Skim insurans atau takaful mampu bayar akan diperkenalkan bagi melindungi pendapatan isi rumah miskin. Tumpuan yang lebih besar akan diberi kepada daerah yang mempunyai insiden kemiskinan tertinggi.

“Usaha untuk program pembasmian kemiskinan akan diperkukuh melalui pendekatan keseluruhan negara membabkitkan sektor awam dan swasta, akademia, pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan berasaskan komuniti dan komuniti setempat,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.