nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Contohi Vietnam tangani isu keterjaminan makanan

12 SEPT : Malaysia perlu mencontohi Vietnam dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di negara ini ke tahap lebih baik serta mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata perangkaan dasar jangka pendek atau jangka panjang perlu dilakukan bagi mengawal isu tersebut antaranya dengan mengawal import makanan serta meningkatkan hasil tempatan.

Mengambil contoh kenaikan harga beras, beliau berkata Malaysia perlu mengambil inisiatif bagi mempertingkatkan pengeluaran beras tempatan kerana harga beras import dijangka akan melonjak  dalam masa terdekat.

“Kita melihat kenaikan beras di seluruh dunia. Walaupun Malaysia mengeluarkan beras dan padi untuk kegunaan tempatan, namun pengeluaran tersebut hanya dapat menampung  sekita 62.6 peratus sahaja. Dahulu petani dan pesawah mampu mengeluarkan 71 peratus beras namun sekarang ini tinggal 62 peratus dan selebihnya kerajaan bergantung kepada beras import.

“Dahulu kerajaan beli beras pada India sebanyak AS$3.20 per tan dan hari ini meningkat AS$542 per tan. Di Thailand pula jika dahulu kita beli beli berat putih sebanyak AS$422 per tan hari ini telah meningkat AS$622 per tan. Kemudian di Vietnam pula kita beli  AS$490 per tan kini telah meningkat sebanyak AS$682 per tan.

“Tahun lepas Malaysia telah mengimport sebanyak 1.23 juta tan beras dengan nilai import yang berjumlah RM 6.72 bilion. Cuba bayangkan bukan sahaja soal duit, bayangkan kalau satu hari nanti kita mahukan 1.23 juta tan ini menampung kehendak rakyat kita namun tidak ada negara yang hendak menjual kepada kita apa akan berlaku?

“Dalam konteks ini, kita perlu belajar dari negara Vietnam yang merupakan sebuah negara pengimport beras pada tahun 1999, sekarang negara itu menjadi pengeksport beras ketiga tertinggi di dunia.

“Saya percaya, jika kita berjaya menjadikan kelapa sawit sebagai pengeluar kedua terbesar dunia, dengan bajet yang disediakan kerajaan setiap tahun serta penglibatan syarikat-syarikat swasta  dalam penanaman padi secara berskala besar, Malaysia juga akan mampu mengeksport beras ke negara luar sepertimana yang dilakukan oleh Vietnam,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Pengerusi Backbenchers turut menyuarakan kebergantungan negara terhadap makanan import semakin meningkat saban tahun.

Justeru, beliau berkata inisiatif kerajaan bagi memastikan negara mampu menampung makanan rakyat tanpa perlu bergantung kepada makanan import terutamanya makanan asas perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan hasil pulangan ekonomi negara.

“Jumlah import pada tahun lepas adalah RM75 bilion berbanding RM50 bilion pada tahun 2017. Kenaikan tersebut melebihi 50 peratus dalam tempoh 5 tahun dan dijangka akan terus meningkat pada tahun ini

“Kerajaan sedar kepentingan memastikan keterjaminan melalui dasar yang dibuat dalam masa 5 hingga ke 10 tahun kehadapan.

“Keterjaminan makanan bukan sekadar menjamin makanan sentiasa ada untuk rakyat tetapi dari sudut kemampuan rakyat  membeli serta  kualiti dan keselamatn makanan yang terjamin dari segi kebersihan dan kesihatan,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.