nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong terima banyak aduan dari rakyat Sabah, Sarawak

13 SEPT : Sepanjang Kembara Kenali Borneo berlangsung, banyak aduan serta surat permohonan diterima Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada penduduk di Sabah dan Sarawak.

Titah baginda, aduan dan permohonan itu melibatkan mereka yang belum menikmati keperluan-keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya yang baik.

Al-Sultan Abdullah menitahkan wakil-wakil rakyat khususnya yang mewakili kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak untuk terus mendampingi rakyat bagi memahami keperluan mereka secara lebih mendalam.

Seri Paduka juga bertitah, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan bersama yang lebih efektif untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Pada masa sama, baginda memberi jaminan semua aduan yang diterima daripada rakyat sepanjang kembara itu akan diberikan perhatian sewajarnya serta dimajukan kepada pihak berwajib segera.

Namun baginda yakin dengan komposisi wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang ada dalam Kerajaan Persekutuan hari ini, segala keperluan kedua-dua negeri itu akan dapat dipenuhi.

Kembara Kenali Borneo kunjungan terakhir Al-Sultan Abdullah ke Sabah dan Sarawak sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Baginda bertitah pada Majlis Penutup dan Santapan Kerajaan Negeri Sarawak sempena Kembara Kenali Borneo di Kuching, tengah malam tadi.

Majlis santapan itu turut dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah Kembara Kenali Borneo menjadi kunjungan terakhir Seri Paduka ke Sabah dan Sarawak sebagai Yang di-Pertuan Agong.

“Kunjungan ini adalah kunjungan terakhir saya sebagai Yang di-Pertuan Agong. Justeru pada malam yang penuh bermakna ini, saya ingin menzahirkan ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah serta Sarawak atas segala memori manis yang akan terpahat segar dalam sanubari saya.

“(Kembara ini) kesempatan menghulur atau membina jambatan baharu yang tidak ada sungai. Jambatan itu adalah jambatan silaturahim. Kehadiran saya, keluarga saya, rombongan saya adalah seolah-olah mewakili sebahagian daripada rakyat di Semenanjung.

“Saya mewakili Raja-Raja Melayu menghulur tangan kepada semua sebagai satu keluarga negara Malaysia yang kita cintai ini,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah sambutan dipamerkan rakyat di kedua negeri di Borneo itu adalah di luar jangkaan yang sudah pastinya ia akan menjadi kenangan manis buat Seri Paduka sekeluarga.

Rombongan Al-Sultan Abdullah melengkapkan Kembara Kenali Borneo selama 11 hari yang julung kali diadakan sejak 3 September lalu dengan jarak sejauh 1,194 kilometer melibatkan Sabah, Sarawak dan Brunei.

*Foto : Facebook Istana Negara

Get real time updates directly on you device, subscribe now.