15 SEPT : Rusia mengusir dua kakitangan kedutaan Amerika Syarikat (AS) didakwa mempunyai hubungan dengan bekas pekerja konsulat AS yang dituduh oleh Moscow sebagai pengintip, Robert Shonov.
Kementerian Luar Moscow mendakwa dua kakitangan kedutaan AS berkenaan, Jeff Sillin dan David Bernstein melakukan kegiatan haram dengan Shonov yang merupakan seorang warganegara Rusia.
Kedua-dua mereka diarahkan meninggalkan wilayah Rusia dalam tempoh tujuh hari di bawah status persona non grata.
Sebelum ini, AS turut mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan Shonov pada Mei dan menuduh Rusia menggunakan undang-undang yang semakin menindas terhadap rakyatnya sendiri.
Ketegangan antara Rusia dan AS sudah memburuk selama bertahun-tahun dan kedua-dua pihak bertindak memecat kakitangan diplomatik.