nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Abang Jo doa Kerajaan Perpaduan kekal stabil

16 SEPT : Kestabilan Kerajaan Perpaduan hari ini diharap dapat kekal sehingga tamat penggal Parlimen.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata semua pihak tidak harus mensia-siakan harapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika kerajaan hari ini tertubuh, tahun lalu.

Katanya, semua pihak perlu terus membawa rakyat untuk bersatu padu dalam membina Malaysia yang lebih utuh dan gemilang.

“Janganlah kita lupa bahawa kestabilan yang ada sekarang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah hasil kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong.

“Saya amat berharap dan berdoa agar kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan ini kekal sehingga tibanya Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Hari Malaysia yang dihadiri tetamu utama, Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nasar dan isteri, Puan Sri Fatimah Mohd Iskandar di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching, malam ini.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta semua menteri Kabinet Persekutuan dan Sarawak.

Abang Johari berkata, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru sahaja selesai mencemar duli mengadakan Kembara Kenali Borneo yang bermula pada 8 September di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak pada13 September.

“Baginda berdua mengambil masa 11 hari untuk bergerak dari hujung sebelah utara ke hujung sebelah selatan Malaysia di Pulau Borneo dengan jarak lebih 2,000 kilometer.

“Sepanjang perjalanan baginda berdua jelas sekali kelihatan bahawa sambutan rakyat tidak mengira bangsa atau keturunan sungguh luar biasa,” katanya.

Beliau percaya sambutan rakyat yang cukup meriah dan mesra terhadap baginda berdua menunjukkan mereka menyanjung tinggi institusi Yang Di-Pertuan Agong sebagai faktor penyatuan rakyat

pelbagai bangsa, agama dan budaya di Sabah dan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Justeru kita tidak harus lupa bahawa Kerajaan Persekutuan sekarang adalah hasil kebijaksanaan baginda dan menjadi tanggungjawab kita mengekalkan kerajaan baginda itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengharapkan agar rakyat Malaysia sama ada yang tinggal di Semenanjung, Sarawak atau Sabah harus berhenti berdebat berhubung tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.

Sebaliknya, kata Abang Johari fokus harus diberikan kepada usaha penyatuan wilayah dan mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Katanya, selepas 60 tahun pembentukan Malaysia, tumpuan juga harus diberikan sepenuhnya kepada usaha pembangunan dilaksanakan sama rata di setiap wilayah.

“Tidak perlulah kita berdebat panjang lebar mengenai tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh Tanah Melayu merdeka iaitu enam tahun lebih awal sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

“Kedua-kedua tarikh itu saling berkait dari segi kepentingannya kepada kewujudan negara ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.