16 SEPT : Anggota kumpulan al-Qaeda mengancam akan menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan di Sweden diancam serangan, lapor Sputnik.
Menurut laporan Le Figaro, kumpulan yang diharamkan di Rusia itu mengatakan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) mengumumkan rancangan itu dalam terbitan terbaru majalah Sada al-Malahim.
AQAP dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.
Beliau berkata serangan di Leevant dan Afghanistan mungkin dilakukan sama seperti pada 2015 disebabkan kurang kehadiran tentera Perancis dan Amerika di Sahel.