20 SEPT: Poland, Hungary dan Slovakia bakal berdepan saman Perdagangan Dunia dari Ukraine atas tindakan mereka melanjutkan larangan import bijirin dari negara itu.
Memetik laporan Agensi Berita Interfax-Ukraine, saman itu dilakukan bagi membuktikan tindakan ketiga-tiga negara itu salah di sisi undang-undang.
“Adalah penting untuk membuktikan tindakan ini adalah salah di sisi undang-undang. Dan itulah sebabnya kami akan memulakan tindakan undang-undang.
“Larangan unilateral oleh Poland, Hungary dan Slovakia ke atas bijirin Ukraine selepas keputusan Suruhanjaya Eropah untuk menarik balik sekatan telah menyebabkan kebimbangan sistemik yang besar,” kata Taras Kachka, wakil perdagangan dan timbalan menteri ekonomi Ukraine.
Pada Jun, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju menyekat import bijirin dari Ukraine kepada tiga negara anggota yang berusaha untuk melindungi petani mereka.
Petani menyalahkan tindakan mengimport sebagai penyumbang kepada kemerosotan harga di pasaran tempatan.