nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia kecam serangan Israel di Palestin, serbu Masjid Al-Aqsa

20 SEPT : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas umat Islam Palestin di salah satu pintu masuk ke perkarangan masjid di Baitulmaqdis Timur dan serbuan di Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Israel pada 17 September lalu.

Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), tindakan tersebut jelas bertujuan untuk mencabar status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif dengan melakukan tindakan provokasi yang disengajakan di samping pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tempat-tempat suci.

“Malaysia menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan untuk memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas tindakan keganasan berterusan terhadap kemanusiaan dan secara terang-terangan mengabaikan prinsip undang-undang antarabangsa yang tidak terkira banyaknya.

“Semua tindakan provokasi dan keganasan mesti dihentikan segera demi keamanan dan keselamatan. Seharusnya tiada layanan yang tidak seimbang dalam menangani konflik,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kementerian Luar turut menegaskan Malaysia akan terus berpegang teguh dengan pendirian berprinsip mengatakan Palestin layak memiliki negara merdeka dan berdaulat mereka sendiri serta Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya berdasarkan sempadan sebelum 1967.

Justeru, komuniti antarabangsa digesa untuk tidak mengabaikan serangan berterusan Israel dan dasar aparteid yang melanggar hak asasi, kehidupan, mata pencarian dan maruah rakyat Palestin daripada pelbagai kepercayaan di tanah mereka sendiri.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan insiden itu berlaku apabila pasukan keselamatan Israel mengusir jemaah dari masjid dan menghalang akses kepada penduduk Palestin yang berusia di bawah 50 tahun bagi memberi laluan kepada peneroka Israel sempena Rosh Hashanah, Tahun Baharu Yahudi.

Ekoran insiden itu, banyak negara mengecam tindakan provokasi itu termasuk Arab Saudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.