nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rempuhan treler: Alih laluan konvoi, polis ikut SOP

21 SEPT : Tindakan mengalih laluan semasa konvoi beberapa motosikal polis pengiring sebelum 14 kenderaan dirempuh treler hingga meragut dua nyawa di Putrajaya, semalam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kemalangan itu tidak sepatutnya berlaku kerana laluan di Kilometer 5.7 dari IOI City Mall Putrajaya menghala ke Presint 12 tidak sibuk dan teratur meski polis melakukan alihan lalu lintas.

“Apabila melihat video rakaman berkenaan nahas itu, tindakan pengalihan laluan yang dibuat oleh pihak polis adalah mengikut undang-undang dan SOP ditetapkan.

“Hampir semua kenderaan berhenti tetapi pemandu treler itu terus bergerak. Oleh itu, pihak polis melakukan siasatan untuk melihat adakah berlaku kecuaian atau masalah teknikal,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa kedua yang bermula 15 September lalu.

Dalam kejadian pagi semalam, sebuah treler membawa muatan batu konkrit merempuh 13 buah kenderaan yang berhenti – sebuah lori, tujuh kenderaan dan lima motosikal termasuk sebuah motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dua penunggang motosikal terkorban dalam kejadian tersebut dikenali sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25 kakitangan Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39 penjawat awam di Mahkamah Ampang.

Mengulas lanjut, Allaudeen berkata, pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung kes kemalangan tersebut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ditanya adakah kemalangan itu disebabkan masalah teknikal, beliau berkata, pihaknya perlu menunggu laporan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.

“Polis percaya kemungkinan ada kecuaian di pihak pemandu namun kita perlu pastikan siasatan terperinci dijalankan sebelum kita dapat membuat satu kesimpulan mengenai punca sebenar kejadian.

“Sebab itu, saya suka ingatkan semua pemandu semua perlu bertanggungjawab semasa berada di atas jalan raya,” katanya.

Sementara itu, pemandu treler berusia 29 tahun itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu,dua lagi mangsa yang cedera parah dilaporkan dalam keadaan stabil pagi ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.