nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Konflik Rusia-Ukraine berterusan, punca krisis makanan dunia

22 SEPT : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa menggerakkan usaha multilateral secara bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan konflik Rusia-Ukraine yang masih berlarutan sehingga kini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata konflik itu telah memberi kesan kepada penduduk dunia apabila harga makanan melambung tinggi sekali gus membawa kepada kekurangan bekalan hingga menyebabkan kelaparan dan kekurangan zat makanan serta menyebabkan rasa putus asa.

“Kami (Malaysia) mengecam sekeras-kerasnya, pencerobohan Rusia di Ukraine. Konflik di Ukraine mengabaikan usaha damai menerusi rundingan.

“Masa terus berjalan, berikutan kegagalan menangani krisis Rusia-Ukraine yang panjang ini, saya menggesa usaha multilateral secara bersungguh-sungguh diketuai PBB untuk menyelesaikannya,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan Kenyataan Negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 di New York, hari ini.

Dalam pada itu,Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan semua pihak perlu kembali berdialog dan menyelesaikan segala persengketaan di meja rundingan.

Katanya, keamanan tidak akan dapat dicapai tanpa menamatkan permusuhan membabitkan semua pihak.

Sementara itu, Anwar turut mengkritik kuasa besar dunia yang mengetepikan fungsi PBB kerana lebih mengejar cita-cita untuk mendapatkan status antarabangsa lebih tinggi.

Katanya, kuasa-kuasa besar ini seharusnya terus mempertahan kepentingan hubungan pelbagai hala kerana kemunculan kelompok kecil negara (minilateralism) menyebabkan berlakunya perpecahan dalam percaturan kuasa.

“Visi PBB bertujuan menyekat yang lemah menjadi mangsa kepada yang kuat, yang kaya menindas yang miskin dan yang terpinggir, kuasa besar ke atas semua yang lain.

“Namun, visi mereka (pengasas PBB) pada pendapat saya sudah musnah,” katanya.

Mengenai  persaingan kuasa besar kini yang memberi kesan negatif kepada negara lebih kecil, Anwar berkata ianya akan mengakibatkan negara-negara berhadapan dengan geopolitik dan dilema geostrategik.

“Kita hidup dalam dunia yang sangat terpolarisasi, kita melihat persaingan kuasa besar yang mengakibatkan kesan negatif kepada banyak negara, khususnya yang lebih kecil.

“Hasilnya ialah kita berhadapan dengan geopolitik dan dilema geostrategik sementara kuasa besar terus-menerus memastikan tiada dua (binari) pilihan dikenakan dengan realitinya hanya satu pilihan ditawarkan,” katanya.

*Foto : AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.