Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus bersuara untuk Palestin
22 SEPT : Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus bersuara menentang kekejaman rejim terhadap penduduk Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hak asasi penduduk Palestin terus dicabul.
“Masyarakat antarabangsa mesti bersuara menentang kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin…hak asasi mereka dicabul, berlaku ketidakadilan oleh rejim yang zalim,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78 di New York, hari ini.
Anwar menekankan keadaan di mana rakyat Palestin diusir secara berterusan daripada tanah mereka tidak terkecuali pembunuhan yang dilakukan rejim terhadap rakyat negara itu.
“Ini satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa. Ia juga menimbulkan halangan besar kepada penyelesaian dua negara apatah lagi pembunuhan yang berterusan,” katanya.
*AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri