nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

3 mayat ditemui bertindan, diikat, kepala disarung plastik

23 SEPT : Polis menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka bertindih antara satu sama lain di sebuah stor rumah kedai di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata ketiga-ketiga mayat itu turut diikat kaki dan tangan selain kepala disarung dengan plastik.

Menurutya, polis menerima panggilan pada jam 11 malam mengenai satu pergaduhan di rumah terbabit sebelum sepasukan anggota kereta peronda dikejarkan ke lokasi.

Katanya , anggota peronda tersebut kemudian naik ke rumah kedai yang berada di tingkat dua.

“Dua suspek yang terlibat pergaduhan bagaimanapun telah melarikan diri, hanya terdapat sepasang suami isteri warga Sri Lanka yang juga penyewa rumah terbabit.

“Pemeriksaan lanjut menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka berusia lingkungan 20 hingga 30-an di dalam bilik stor dengan keadaaan bertindan antara satu sama lain di mana salah satu mayat itu tidak berpakaian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Sabtu.

Menurut Allaudeen, siasatan awal mendapati salah seorang mangsa ialah anak kepada pasangan suami isteri terbabit.

“Soal siasat awal mendapati pasangan terbabit kali terakhir berjumpa anaknya sehari sebelumnya dan hanya menyedari tragedi kematian itu selepas kehadiran anggota polis,” katanya yang percaya pembunuhan itu telah dirancang.

Jelasnya, suspek tidak mempunyai talian kekeluargaan dengan pasangan suami isteri itu namun mereka berkenalan sejak enam bulan lalu dan suspek datang ke rumah mereka dari Klang, Selangor untuk tinggal selama dua hari.

Katanya, polis kini memburu dua suspek warga Sri Lanka yang terlibat selain mengenal pasti motif kejadian.

“Polis turut merampas pisau disyaki diguna untuk pembunuhan itu. Ketiga-tiga mayat itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan dan kini direman selama tujuh hari untuk tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pihaknya mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat berkait kes tersebut melalui talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

*Foto : Facebook Polis KL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.