nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agong berkenan rasmi Jambatan Guai, harap jadi pengukuh silaturahim

23 SEPT : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai, hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah, pembinaan jambatan itu diharapkan menjadi pembawa kemajuan ke kawasan yang dihubungkan di samping menjadi penghubung dua tebing perairan serta  pengukuh silaturahim.

“Dengan terbinanya jambatan ini, kita dapat menuju ke Chenor, dan di sana juga ada satu jambatan besar, tapi sedih sedikit kerana di Chenor dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Nyak dan Kampung Pesagi tidak dapat dimajukan dengan pantas.

“Namun harap harap, dengan adanya jambatan ini, akan ada sedikit paradigma baru. Adakan usaha dan program dan tentukan setiap kemudahan asas mencukupi dan ada kemudahan yang boleh menggalakkan kegiatan pertanian

“Kalau ini dapat diusahakan, Insya-Allah setiap kampung dapat dimajukan,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Titah Diraja semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Jambatan Guai.

Turut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.

Di samping itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan supaya jambatan merentangi Sungai Pahang sepanjang 770 meter dengan jalan tuju 799 meter yang bernilai RM98.5 juta itu dinamakan sebagai Jambatan Al-Sultan Abdullah.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah jugabertitah bagi mengatasi kesibukan Jambatan Sultan Ahmad Shah, pembinaan jambatan baru Temerloh yang sedang berjalan perlu disiapkan secepat mungkin.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam pembinaan Jambatan Guai.

“Marilah kita menjadikan jambatan ini sebagai simbol dan mercu tanda yang menjadi bukti penghubung antara beta dengan rakyat, antara istana dengan masyarakat, kerana sesungguhnya raja itu tempatnya rakyat menumpang teduh,” titah Seri Paduka Baginda.

Jambatan Guai dibina susulan kejadian banjir pada tahun 2014 yang telah memutuskan hubungan jalan raya sembilan kampung yang dihuni kira-kira 1,200 penduduk.

Jambatan itu siap pada 30 November 2021 dengan kelulusan projek diperoleh pada 2016 menerusi peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

*Foto : Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Get real time updates directly on you device, subscribe now.