nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK : Saingan 3 penjuru di DUN Pelangai

23 SEPT : Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang itu.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam disahkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pagi ini.

Amizan yang merupakan anak jati Felda Chemomoi ditentang calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong.

Kasim yang lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim pernah bertanding di DUN Pelangai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun tewas kepada penyandang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Sementara Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang yang juga Ahli UMNO Kampung Sum Sum, Haslihelmy DM Zulhasli diumum bertanding sebagai calon Bebas.

Haslihelmy akan menggunakan simbol kereta pada PRK berkenaan.

Pengumuman rasmi dimaklumkan sekitar jam 10.18 pagi tadi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Shahid memaklumkan borang pencalonan daripada Cikgu Kasim diterima jam 9.01 pagi, diikuti Amizar pada 9.02 pagi dan Haslihelmy pada 9.08 pagi.

Shahid turut  mengumumkan SPR menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak.

Amizar diiringi oleh kepimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden UMNO, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu serta kira-kira dua ribu penyokong.

Sementara itu, calon PN, Kasim tiba sekitar 8.15 pagi diiringi ratusan penyokong termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad; Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan Johari meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, bulan lalu.

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon Pejuang 65 undi).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.