Malaysia ada potensi kembali jadi ekonomi dinamik
24 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakini Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk kembali bangkit sebagai sebuah ekonomi yang dinamik.
Katanya, negara mempunyai sumber yang diperlukan dan tenaga kerja berkelayakan untuk mendukung matlamat itu.
Keyakinan itu beliau lahirkan kepada rakyat dan pelajar Malaysia di New York ketika sesi dialog, semalam.
“Saya turut maklumkan bahawa Malaysia punyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik.
“Ia berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain punyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini,” katanya.
Pada sesi itu juga beliau memaklumkan pentadbirannya sedang meneliti kaedah untuk menangani krisis penghijrahan cendekiawan dihadpai negara.
“Ruangan ini saya turut nyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara dalam usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang sedang dihadapi negara ketika ini,” katanya.
Beliau hadir pada majlis itu ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Beliau telah menyampaikan Kenyataan Negara pada Jumaat di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim