nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UNGA: Malaysia berjaya suarakan pendirian isu global

24 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa dalam lawatan empat harinya ke Amerika Syarikat (AS).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan itu memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengetengahkan isu-isu antarabangsa seperti konflik Ukraine-Rusia, Islamofobia, perubahan iklim dan masalah di Myanmar.

Katanya, lawatan itu juga memberi peluang untuk beliau berkongsi dasar dan aspirasi negara terkait hubungan antarabangsa.

“Ternyata hasilnya baik. Ternyata profil antarabangsa kita telah meningkat. Lanjutan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat, saya berpeluang berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama,” katanya.

Bercakap pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke New York bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, Anwar berkata beliau menerima begitu banyak permintaan untuk mengadakan pertemuan di luar sesi UNGA.

“Terdapat begitu banyak permintaan untuk mesyuarat dua hala, kami tidak dapat menampung kerana kekangan masa.

“Saya gembira profil antarabangsa Malaysia telah meningkat ke kedudukan yang mengagumkan,” katanya.

Semasa di New York, Anwar berkata beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin Turkiye, Iraq, Thailand dan Sri Lanka.

Pada masa sama, Anwar berkata, usaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke Malaysia terus membuahkan hasil melalui pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi AS.

Pada lawatan itu juga, Anwar mengadakan pertemuan dan berinteraksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark di Harvard Club.

Pada acara Invest Malaysia New York yang dihadiri para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah AS$40 trilion, Anwar memberi komitmen kerajaan untuk memastikan suasana pelaburan yang kondusif.

Pada masa sama, beliau juga gembira dengan keputusannya untuk hadir pada UNGA kali ini walaupun pada awalnya enggan hadir kerana pelbagai isu domestik dan kurang yakin akan adanya hasil daripada UNGA itu sendiri.

“Pertama ada isu domestik yang perlu diselesaikan. Banyak perubahan seperti transformasi tenaga, pelan induk perindustrian, Ekonomi Madani, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan juga Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Ia sangat berat…mujurlah keadaan jauh lebih baik sekarang,” katanya.

Beliau juga memuji kerja keras kakitangan Kedutaan Malaysia ke AS dan Perwakilan Tetap ke PBB, Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam lawatan ini.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.