25 SEPT: Kapsul NASA yang membawa sampel asteroid pertama selamat mendarat di kawasan padang pasir di Utah pada Ahad.
Kapsul yang sudah melengkapkan perjalanan selama tujuh tahun itu mendarat menggunakan payung terjun selepas empat jam perjalan.
Kapsul yang sudah melalui perjalanan sejauh 6.2 bilion kilometer itu juga dilepaskan dari kapal angkasa OSIRIS-REx, 100,000 kilometer dari bumi.
Saintis menjangkakan memperoleh sekurang-kurangnya secawan serpihan daripada asteroid yang kaya dengan karbon, dikenali sebagai Bennu.
Satu sudu teh sampel dari asteroid yang sama pernah dibawa pulang oleh Jepun sebelum ini.
OSIRIS-REx memulakan misi angkasa bernilai AS$1 bilion pada 2016 dan tiba di Bennu dua tahun kemudian.
Kapal itu itu mengutip sampel batu dan serbuk dari Bennu pada 2020.