27 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau akan memikirkan terlebih dahulu soal rombakan Kabinet yang terus menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.
“Rombakan…nanti saya fikir dulu,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.
Spekulasi rombakan Kabinet bertiup kencang selepas empat ketua setiausaha (KSU) bertukar kementerian, Isnin lalu.
KSU Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang ditukarkan ke Kementerian Kesihatan (KKM), KSU Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak ke Kementerian Pertahanan, KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof ke Kementerian Perpaduan dan KSU Kementerian Perpaduan.
Manakala Datuk Noridah Abdul Rahim ditukarkan ke Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Pengarah dan Timbalan KSU MITI, Hairil Yahri Yaacob dilantik sebagai KSU MITI.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan perihal rombakan Kabinet tidak dibincangkan dalam mesyuarata Kabinet mingguan yang berlangsung hari ini.