nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Setiap rakyat perlu diberi akses 5G termasuk di pedalaman

27 SEPT : Setiap rakyat di negara ini sama ada yang di bandar mahupun kawasan pedalaman perlu mendapat akses sama terhadap pembangunan mampan termasuk rangkaian 5G.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemampanan teknologi juga tidak harus hanya dimanfaatkan segelintir kumpulan elit bandar atau pemerintah sahaja.

“Ini adalah intipati daripada rangkaian 5G yang menjelaskan dengan jelas bahawa ini bukan hanya tentang teknologi tetapi juga tentang memastikan setiap warganegara dari golongan miskin bandar hingga ke kawasan paling terpencil di Sabah atau Sarawak harus diberikan peluang, akses, dan ketersambungan (internet).

“Jika tidak, menurut pandangan saya, ia tidak akan mampan. Kelestarian bukan untuk manfaat segelintir golongan elit bandar atau kelompok pemerintah.

“Kelestarian bermaksud menghargai warganegara. Itu sebabnya kami (kerajaan) tidak mengamalkan pandangan yang mempertikaikan kaum di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang kemuncak dua hari yang bermula semalam itu bertujuan menggalakkan pembangunan inovasi dan prasarana ICT selain mendorong lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi digital mampan serta peningkatan perindustrian Malaysia.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia memiliki potensi dalam sektor digital dan teknologi tetapi perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai industri dalam meningkatkan tahap kepakaran.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau percaya Malaysia telah mendapat manfaat dari segi kemajuan teknologi hasil hubungan diplomatik antara Timur dan Barat.

“Kami telah membuat keputusan bertahun-tahun yang lalu oleh pentadbiran lepas untuk hanya melaksanakan (model) satu rangkaian.

“Tetapi saya fikir selepas perbincangan yang meluas dan perdebatan, (Malaysia perlu) meneroka secara mendalam kepada inovasi, teknologi dan kita buat keputusan untuk membenarkan (model) dwirangkaian,” katanya.

*Foto SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Get real time updates directly on you device, subscribe now.