29 SEPT : Beberapa negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam ini.
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 154, diikuti Kuala Selangor, Selangor (153); Petaling Jaya, Selangor (152) dan Shah Alam, Selangor (142).
Selain itu, kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur mencatat IPU 125, Nilai, Negeri Sembilan (124), Putrajaya (119) dan Johan Setia, Selangor (118).
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui bacaan IPU terkini.