nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK : PAS sendiri buatkan polis ‘terpaksa’ datang

29 SEPT : Amanah membidas kenyataan PAS yang rimas dengan kehadiran polis ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ahli Jawatankuasa Amanah Pusat, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin PAS sendiri yang membuatkan polis ‘terpaksa’ hadir di kawasan berkenaan bagi menjaga ketenteraman awam.

“PAS telah menyumbang ke arah ketegangan politik tempatan semasa di Pelangai dengan ceramah provokasi berapi-api oleh seorang menteri besar mereka.

“Dalam kempen di Pelangai, serangan keterlaluan terhadap ahli DAP berbangsa Cina tentang kegunaan ayat al-Quran yang (dibuat) dewan penyokong bukan Islam PAS sendiri pernah lakukan juga, diapi-apikan di kawasan Pelangai yang mempunyai 20 peratus pengundi Cina.

“MB (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) telah membayangkan jutaan orang Islam akan membanjiri Kuala Lumpur berdemonstrasi protes insiden Howard Lee dari DAP.

“Tidak cukup dengan itu, serangan peribadi mencarut menyentuh keadaan tubuh badan ahli DAP juga berlaku sambil juga mengatakan akan ada ‘apek berseluar pendek’ mengajar agama di masjid suatu hari.

“Dengan situasi yang memanaskan suhu politik tempatan, lebih baik pihak polis lebih berjaga-jaga supaya api kebencian ini tidak merebak. PAS tidak patut menyalahkan pihak berkuasa kerana merekalah yang memanaskan suhu politik negara dan di Pelangai dari awal minggu pertama lagi kempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pagi tadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menzahirkan rasa tidak senang apabila program dan gerak kerja mereka di Pelangai seakan-akan dibayangi polis.

Beliau mendakwa ada anggota Cawangan Khas (SB) mengikut pergerakan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat ketika berkempen dan katanya jumlah anggota polis yang ‘luar biasa’ di pusat operasinya hingga menakutkan ramai pihak.

Dalam pada itu, Raja Kamarul berkata sebagai seorang pengamal undang-undang, Takiyuddin sepatutnya sedar pentingnya keselamatan memandangkan DUN Pelangai menjadi tumpuan pada waktu ini terutama oleh orang luar.

Beliau berkata, polis wajar bersikap berhati-hati menjaga ketenteraman dengan memantau kemungkinan berlaku ketegangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.