RUU pembiayaan ditolak, ekonomi AS dijangka lumpuh
30 SEPT : Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan akan menutup sebahagian agensi Persekutuan apabila pemimpin Dewan Perwakilan dalam kalangan parti Republikan menolak rang undang-undang (RUU) yang diusulkan pemimpin mereka, semalam.
RUU yang diusulkan bagi membiayai perbelanjaan kerajaan buat sementara waktu itu mendapat undian 232-198, sekali gus Dewan Perwakilan berjaya mengenepikan cadangan bagi melanjutkan pembiayaan kerajaan selama 30 hari dan gagal mengelakkan penutupan agensi Persekutuan.
RUU itu akan mengurangkan dana perbelanjaan dan menyebabkan sekatan keselamatan imigresen serta sempadan yang menjadi keutamaan Republikan.
Speaker Dewan Rakyat merangkap wakili Republikan, Kevin McCarthy memberitahu isu itu belum berakhir dan kongres masih ada peluang meluluskan pakej perbelanjaan yang boleh ditandatangani sebagai satu undang-undang oleh Presiden AS, Joe Biden sebelum 12:01 tengah malam (0401 GMT) esok.
“Sekiranya ia tidak dilakukan taman negara AS akan ditutup, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa akan menggantung kebanyakan aktiviti kawal selianya, manakala pembayaran upah membabitkan sehingga empat juta pekerja Persekutuan akan terjejas,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen berkata penutupan itu akan menyebabkan program untuk perniagaan kecil dan kanak-kanak tergendala selain penangguhan penambahbaikan infrastruktur utama.
Katanya, perkara berkenaan berulang untuk kali keempat dalam tempoh sedekad dan hanya empat bulan selepas kebuntuan seumpamanya hampir menyebabkan kerajaan AS buat pertama kali gagal membayar ansuran hutang AS$31 trilion (RM146 trilion).
“Kebimbangan yang berulang menimbulkan kebimbangan di Wall Street, di mana agensi penarafan Moody memberi amaran, ia boleh merosakkan kepercayaan terhadap penarafan nilai kredit AS.
“Kebanyakan anggota Republikan juga menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan rakan mereka yang bersikap tegar walaupun McCarthy dan Biden pada Jun lalu setuju untuk menetapkan perbelanjaan AS$1.59 trilion (RM7.5 trilion) bagi tahun fiskal 2024,” katanya.
*Foto : Facebook U.S. Senate Democrats