1 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada pengaruh eksekutif.
Dalam catatan di laman sosial Facebooknya hari ini, beliau berkata, SPRM juga perlu tetap dengan prinsip yang bukan hanya menolak, tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.
“Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.
“Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” kata beliau.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada SPRM sempena sambutan ulang tahun yang ke-56, hari ini.