nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah tolak permohonan Mahathir minta Anwar kemuka dokumen

2 OKT : Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan beberapa dokumen bagi kes saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara dokumen yang dipohon bekas perdana menteri itu adalah dokumen berkaitan dakwaan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) yang diselamatkan oleh Petronas dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) pada 1997 serta pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd oleh Telekom Malaysia Bhd pada 2003.

Beliau turut meminta  memperoleh dokumen berkaitan pemberian kontrak kepada Opcom Cables Sdn Bhd oleh Telekom Malaysia Bhd pada 2003 dan lesen fabrikasi oleh Petronas kepada Kencana Petroleum Bhd pada 2002.

Selain itu, Mahathir juga meminta Anwar mengemukakan laporan berkaitan dengan permintaan Perwaja Steel Bhd  bagi mendapatkan dana kerajaan pada 1998, serta dokumen berkaitan dengan yuran guaman yang dibayar kepada dua firma, iaitu Lewis & Co dan VK Lingam & Co.

Peguam yang mewakili Mahathir, Rafique Rashid Ali berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Zaharah Hussain menolak permohonan itu atas alasan peristiwa yang dipetik oleh Anwar dalam pernyataan pembelaannya itu berlaku beberapa tahun lepas dan tidak direkodkan dalam mana-mana dokumen.

“Jika ada sebarang dokumen, ia akan menjadi sebahagian daripada pembelaan defendan (Anwar) dan beliau perlu mengemukakannya semasa pengurusan kes pra-perbicaraan nanti,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Presiden PKR mendakwa saman Mahathir bertujuan melemahkan kredibilitinya selaku perdana menteri, selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 14 Jun lalu.

Anwar turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat itu pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009 dan isterinya Datin Seri Norzieta Zakaria pemegang saham majoriti dan pengarah syarikat sejak 18 Ogos 1999.

Mahathir sebagai plaintif mendakwa ucapan Anwar itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya menerusi writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 Mei.

Mahkamah menetapkan 3 November untuk pengurusan kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.