Al-Sissi umum tanding lagi pilihan raya presiden
3 OKT : Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi akan bertanding dalam pilihan raya presiden untuk penggal ketiga, Disember ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penggal terkini Al-Sissi akan berakhir pada April.
“Saya memutuskan untuk mencalonkan diri saya untuk melengkapkan impian itu semasa penggal presiden yang baharu,” katanya membuat pengumuman tersebut semasa berucap di televisyen.
Al-Sissi juga berkata, beliau “sangat gembira dengan kepelbagaian calon-calon” dan mengatakan bahawa beliau menghormati mereka.
Televisyen pro-kerajaan menunjukkan ribuan rakyat Mesir meraikan pengumuman Al-Sissi setelah mengikuti ucapan beliau menerusi skrin luar di beberapa bandar di negara itu.
Beberapa pemimpin dalam parti-parti politik yang setia kepada al-Sissi mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding dalam pilihan raya presiden.
Pilihan raya itu akan diadakan tengah-tengah krisis ekonomi, inflasi dan mata wang yang merosot dengan ketara.
Ahli politik pembangkang, Ahmed al-Tanatawi juga mengatakan beliau akan bertanding dan menuduh agensi keselamatan menangkap beberapa penyokongnya.
Al-Sissi mula memegang jawatan itu pada tahun 2014 dan dipilih semula pada tahun 2018, jika beliau menang lagi, pentadbirannya akan berlaku untuk tempoh enam tahun.
Pendaftaran calon akan dibuka pada 5 Oktober dan pembuangan undi diadakan selama tiga hari bermula dari 10 hingga 12 Disember di mana rakyat Mesir yang tinggal di luar negara boleh membuang undi mereka dari 1 hingga 3 Disember.
*Foto : Facebook Abdel-Fattah al-Sissi