nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadang guna aplikasi, ID khas pantau pembelian minyak masak subsidi

3 OKT : Cadangan penggunaan kad pengenalan diri (ID) khas untuk membeli barangan bersubsidi seperti minyak masak disifatkan antara kaedah penyelesaian sekali gus memastikannya diterima oleh mereka yang layak bagi mengelak berlaku ketirisan.

Penganalisis Ekonomi, Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata perlaksanaan itu perlu memberi tumpuan lebih kepada penjual kerana isu yang dihadapi ketika ini bukan datang daripada pembeli.

Namun, beliau berkata selain penggunaan ID khas, penggunaan aplikasi telefon pintar untuk merekodkan pembelian barang kawalan juga perlu dilakukan bagi  mengawal ketat agihan barangan bersubsidi.

“Saya berharap ia bukan fokus kepada pembeli sahaja tetapi juga kepada penjual kerana isu yang dihadapi ketika ini bukannya masalah isu pembeli dari kalangan orang ramai. Biasanya peniaga  mengehadkan jumlah minyak masak yang boleh dibeli.

“Isunya adalah penjual yang menyimpan atau menyorok minyak masak ini kemudian diseleudup ke negara jiran.

“Itu antara salah satu isu yang tidak boleh diselesaikan jika hanya melaksanakan ID khas. Bayangkan sekiranya pemegang ID khas itu  layak tetapi apabila hendak beli di kedai, minyak masak tiada,” katanya kepada BBC Portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengehadkan pembelian minyak masak paket kepada mereka yang mempunyai kad ID khas disahkan sahaja.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh pada Ahad  bagi memastikan ia disasarkan kepada yang memerlukan dan tidak berlaku penjualan kepada yang tidak layak.

Razman berkata penggunaan aplikasi telefon pintar perlu disepadukan melalui satu sistem yang boleh memantau pembelian dan penjualan bagi pihak peniaga.

Katanya, cara tersebut memudahkan peniaga melihat statistik minyak masak yang dijual seterusnya membandingkannya dengan jumlah stok yang masih ada.

“ID khas itu perlu dipautkan dengan satu aplikasi khas yang digunakan oleh penjual yang mana ia  boleh merekodkan berapa banyak pek minyak masak yang dijual dan kepada siapa.

“Sebagai contoh, untuk bulan ini sebanyak 500 paket minyak masak telah terjual. Kemudian pihak berkuasa boleh juga melakukan audit untuk lihat rekod pembelian minyak masak. 

“Jika penjual beli 1,000 paket, dalam sistem pula dipaparkan hanya menjual sabanyak 500, sepatutnya ada 500 lagi baki. Jika baki itu tidak ada, maknanya sudah berlaku ketirisan atau penyeludupan.

“Jadi, langkah ini perlu disepadukan dengan satu sistem yang memantau pembelian dan penjualan di pihak peniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Razman berkata penggunaan kad pengenalan (Mykad) juga dilihat sebagai salah-satu mekanisme terbaik yang mana data pengguna sudah diketahui melalui bantuan-bantuan yang pernah diterima sebelum ini.

“Sepatutnya boleh guna Mykad juga, boleh pautkan dengan aplikasi MySejahtera kerana kita sudah tahu siapa yang layak menerima bantuan menerusi bantuan-bantuan yang diperolehi sebelum ini.

“Memadangkan sudah ada aplikasi itu, cuma tingga tambah fungsi untuk pihak berkuasa periksa  peniaga  berapa stok yang terjual setiap bulan dan bandingkan jumlah stok yang mereka ada.

“Boleh  gunakan aplikasi sedia ada, gunakan MyKad sebagai rujukan sekaligus boleh dirujuk ke pangkalan data bantuan,” katanya. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.