4 OKT : Dua kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sekitar 101 hingga 200 setakat jam 5 petang, hari ini.
Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod IPU tertinggi direkodkan di Sri Aman dan Serian, Sarawak dengan masing-masing mencatatkan bacaan 136 dan 106.
Sementara itu, 60 kawasan di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana dengan bacaan 51 hingga 100, antara kawasannya adalah Larkin, Johor (97); Bukit Rambai, Melaka (91); Pasir Gudang, Johor (90); Samarahan, Sarawak (89); Batu Pahat, Johor (88); Kuching, Cheras, Kuala Lumpur (85); Sarawak (84); dan Nilai, Negeri Sembilan (78).
Enam kawasan di seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik dengan bacaan IPU di bawah 50.
Kawasan terbabit adalah Tanah Merah, Kelantan (50); Taping, Perak (48);Kota Bharu, Kelantan (46); Balik Pulau, Pulau Pinang (33); Kangar, Perlis (23); Langkawi, Kedah (21).
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas di bawah kategori berbahaya.
Untuk info terkini orang ramai boleh merujuk laman sesawang APIMS bagi mengetahui tahap IPU semasa.