nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Pelangai: BN Pahang nafi 4 ADUN lompat parti

4 OKT : Barisan Nasional (BN) Pahang menafikan dakwaan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan lompat parti untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) jika gabungan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, 7 Oktober ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata dakwaan itu satu kenyataan jahat yang cuba untuk mengelirukan rakyat.

“Bagi saya ini merupakan satu kenyataan yang jahat dan cuba mengelirukan rakyat khususnya pengundi di DUN Pelangai semata-mata untuk mencipta isu murahan bagi mendapatkan sokongan pengundi di Pelangai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi rakaman video berdurasi 4 minit 35 saat yang memaparkan ikrar 15 ADUN BN di negeri itu.

Menurut Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, ikrar itu menepis dakwaan yang cuba dimainkan pembangkang.

“Terima kasih kepada 15 ADUN Pahang dari Barisan Nasional yang menyatakan ikrar dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap saya dan Barisan Nasional di Negeri Pahang.

“Ikrar ini jelas menafikan fitnah dan sentimen yang cuba dimainkan oleh pembangkang kononnya ada dalam kalangan ADUN BN akan melompat parti bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan di Pahang sekiranya mereka menang PRK Pelangai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap pengundi di DUN Pelangai yang bakal memilih wakil rakyat mereka Sabtu ini tidak termakan dengan fitnah tersebut.

“Saya berharap, rakyat di Pahang khususnya pengundi di DUN Pelangai tidak termakan dengan hasutan ini kerana Kerajaan Perpaduan di Negeri Pahang yang ada pada hari ini kekal stabil dan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya.

PRK Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.