nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2024: Perlu imbangi bantuan B40, M40

5 OKT: Belanjawan 2024 diharap akan memberi penekanan kepada memenuhi setiap keperluan rakyat dalam menghadapi bebanan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Menurut Pakar Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan, kerajaan juga perlu memberi tumpuan lebih terhadap golongan berpendapatan sederhana (M40) kerana inisiatif semasa untuk meningkatkan pendapatan lebih banyak ditumpukan kumpulan B40.

Katanya, golongan berpendapatan sederhana menghadapi cabaran dalam meningkatkan potensi pendapatan mereka kerana gaji progresif yang dicadangkan oleh kerajaan tidak banyak membantu mereka pada masa ini.

“Belanjawan 2024 perlu menfokuskan bagaimana untuk memperkukuhkan ekonomi golongan M40  yang paling banyak terjejas semasa pandemik lalu.

“Oleh itu, fokus utama perlu diberi dalam menangani beban kos sara hidup bukan hanya setakat menurunkan harga barangan semata-mata tetapi bagaimana untuk menaikkan gaji pekerja serta meningkatkan pendapatan perniagaan di negara ini.

“Namun saya melihat tumpuan utama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hanya tertumpu kepada B40 sahaja, golongan M40 juga akan mendapat manfaatnya,” katanya kepada BBC Portal.

Prof Dr Azmi Hassan

Dalam pada itu, Azmi berkata Belanjawan 2024 juga diharap memberi tumpuan lebih terhadap perlaksanaan subsidi bersasar yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Katanya, sejak inisiatif itu diumumkan kerajaan, belum ada penjelasaan serta pelaksanaan yang jelas bagi merealisasikan mekanisme itu.

“Harapannya adalah kerajaan sudah boleh keluar kaedah dan strategi dasar kerana sudah lama bercakap tentang hal ini.

“Semenjak perdana menteri mengambil alih November lepas, beliau dilihat memberi tumpuan bagaimana hendak melaksanakan subsidi bersasar. Jadi diharap dalam Belanjawan 2024 ini kita dapat melihat bayangan sedikit sebanyak subsidi bersasar itu akan dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Hasan Ali pula berkata kerajaan juga perlu memberi fokus dalam memastikan kesejahteraan rakyat secara saksama dalam semua aspek.

Katanya, keperluan utama seperti bekalan makanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan serta uniti, perumahan perlu diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024 Jumaat ini.

“Fokus utama perlu diberi dari aspek pembangunan ekonomi menerusi peningkatan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan peningkatan keusahawanan.

“Kerajaan perlu menggalakkan penubuhan lebih banyak syarikat menerusi program satu keluarga satu syarikat untuk warga Malaysia menjadi usahawan di samping menggalakkan warga Malaysia menjadi diaspora berprofil tinggi.

 “Selain itu, peningkatan kecekapan sistem penyampaian untuk menghasilkan perlaksanaan setiap inisiatif kerajaan juga perlu setanding dengan negara-negara produktif,” katanya.

Selain memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, Hasan juga berharap perdana menteri memberi penekanan terhadap situasi politik di negara ini kerana dikhuatiri ketidakstabilan politik akan mengakibatkan pelabur luar berasa ragu untuk melabur di Malaysia.

Katanya, ketirisan dan rasuah perlu juga dikurangkan dengan memberi hukuman setimpalnya terhadap pelaku.

“Budaya politik negara perlu  jadi lebih bertamadun sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang. Elakkan suasana rakyat semakin jelak dan keadaan tidak stabil kerana pelabur asing semakin menjauhi negara ini dek budaya politik kurang sihat.

“Bagi membanteras  rasuah dan salahguna kuasa, kerajaan perlu berani mengawal dengan  berkesan  ekonomi hitam. Inilah punca utama gejala rasuah semakin menjadi-jadi. Hukum dulu pemberi rasuah, nescaya penerima rasuah akan berkurangan,” kata Hasan.

Belanjawan 2024 bakal dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan, 13 Oktober ini. OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.