nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Pelangai: SPR tiada terima aduan salah guna aset kerajaan

6 OKT : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang aduan berkait mana-mana kesalahan dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Ini termasuk berkait penyalahgunaan aset dan jentera untuk tujuan berkempen oleh mana-mana pihak seperti yang didakwa pembangkang, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Alhamdulillah tidak ada aduan yang tidak sepatutnya. Kami juga tidak menerima sebarang aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan,” katanya selepas meninjau persiapan pusat penjumlahan undi PRK Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, hari ini.

Rabu lalu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta SPR menyiasat jentera Barisan Nasional (BN) yang didakwa menggunakan aset dan jentera kerajaan negeri selain memberi insentif kepada rakyat sepanjang tempoh kempen PRK Pelangai.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menepis dakwaan itu sambil menyatakan kesediaan disiasat SPR.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata persiapan petugas di pusat penjumlahan undi serta sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran itu berjalan lancar.

Beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK Pelangai boleh mencecah 75% dan keputusan boleh diperolehi sekitar 9 malam esok.

“Memandangkan kawasan Pelangai tidak begitu jauh dan besar, saya jangka dalam 9 malam esok kita akan memperoleh keputusan (PRK Pelangai),” katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani dalam kenyataan dikeluarkan SPR mengingatkan semua pihak yang bertanding agar tidak berkempen sebaik tamat tempoh jam 11.59 malam ini.

“SPR juga mengingatkan bahawa semua parti atau calon bertanding dilarang untuk membuka, membina atau menyelenggara barung pada hari mengundi kerana ia merupakan satu kesalahan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya sambil berpesan agar pengundi tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.

Selain itu, SPR juga mengingatkan majikan supaya membenarkan tempoh yang munasabah kepada pekerja yang berdaftar sebagai pemilih untuk keluar mengundi sebagaimana diperuntukkan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

PRK Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam; calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.