7 OKT : Jambatan Sultan Nazrin Shah yang dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah ini diharap menjadi pemangkin ekonomi Bagan Datuk serta negara.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kementeriannya akan akan terus memberikan komitmen penuh terhadap usaha untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan di kawasan perdesaan seperti di Bagan Datuk.
“Alhamdulillah, jambatan yang dinanti oleh warga Bagan Datuk dan diberi nama Jambatan Sultan Nazrin Shah disempurnakan perasmiannya hari ini oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
“Sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, saya bersyukur kerana projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia ini berjaya disiapkan bagi menyediakan rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti melalui penyediaan infrastruktur berkualiti,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.
Ahmad Zahid berkata perasmian jambatan ini juga mampu memendekkan perjalanan dari Sitiawan ke Bagan Datuk dengan jarak perjalanan hanya 10.5 km yang mengambil masa 15 minit sahaja.
Beliau berharap kemudahan ini mampu membangunkan daerah Bagan Datuk dari sudut sosio-ekonomi dan infrastruktur sekaligus menjadi antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi di negara ini.
“Sebelum ini, pengguna jalan raya dari Sitiawan perlu melalui Jalan Hutan Melintang ke Bagan Datuk yang mengambil masa lebih satu jam dengan jarak perjalanan melebihi 50 km.
“Dengan siapnya jambatan ini, ia akan. Jambatan ini turut menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan bandar-bandar utama seperti Lumut, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak.
“Saya berharap, kelak Daerah Bagan Datuk akan terus berkembang maju dari sudut sosio-ekonomi dan infrastruktur dan menjadi antara penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi di negara iniSemoga Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan akan terus maju jaya, aman, makmur dan sejahtera,” katanya.