8 OKT : Susulan serangan balas Israel ke atas pejuang Hamas pada subuh semalam, angka kematian mulai meningkat kepada 232 orang.
Perkara itu dijelaskan Kementerian Kesihatan kendalian Hamas dalam satu kenyataan, hari ini.
“Hospital di Semenanjung Gaza setakat ini menerima 232 syahid dan 1,697 orang dengan pelbagai kecederaan akibat pencerobohan Israel,” katanya.
Sementara itu, di wilayah diduduki Israel, tentera rejim memaklumkan lebih 200 orang terkorban setakat ini.
Tentera Israel turut mendakwa, golongan radikal melancarkan lebih 2,000 roket, dan berpuluh-puluh pejuang Palestin menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel, lapor Sputnik.
Israel telah bertindak balas dengan mengisytiharkan situasi perang.
Berpuluh-puluh jet pejuang Israel telah menyasarkan kemudahan tentera di Semenanjung Gaza