nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KDN cadang pinda hukuman salah guna dadah

9 OKT : Kerajaan akan meminda undang-undang bagi membolehkan individu terlibat dengan penyalahgunaan dadah dihantar ke pusat pemulihan tanpa didakwa di mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia bagi memastikan hukuman bagi penyalahgunaan dadah dialih dari hukuman penjara kepada program rawatan.

“Kerajaan bersetuju bahawa dasar pengalihan penyalahgunaan dadah dari hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan dadah perlu dilaksanakan.

“Ini bagi membolehkan individu yang menyalahgunakan dadah, memasukkan dadah di dalam badan, kalau mengikut laluan biasa polis tangkap, buka kertas siasatan, ada bukti bawa ke mahkamah, hakim jatuh hukuman masuk penjara.

“Kalau pindaan ini mendapat sokongan Yang Berhormat dalam sidang kali ini pada sesi belanjawan kali ini, insya-Allah kita pinda bagi membolehkan pesalah jenis ini setelah disahkan oleh pegawai perubatan, kita akan terus bawa mereka ke pusat pemulihan,” katanya ketika membentangkan Reformasi Penjara dan Pusat Tahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, pindaan tersebut bakal dilaksanakan jika mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Selain itu katanya, KDN juga bersetuju untuk mewujudkan Peraturan-Peraturan Lokap baharu bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Lokap 1953 yang tidak pernah dikaji sejak 70 tahun lalu.

Katanya, hak asasi tahanan dan pengurusan lokap perlu ditambah baik seiring bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kematian tahanan dalam lokap.

Saifuddin berkata, ia termasuklah Menjalankan pemeriksaan kesihatan/fizikal ke atas Orang Kena Tuduh (OKT) sebelum dimasukkan ke dalam lokap atau sekiranya terdapat masalah kesihatan.

“Melaksanakan pemeriksaan berkala bagi memastikan pematuhan kepada arahan/SOP diikuti di dalam lokap,” ujarnya.

Selain itu beliau berkata, Jabatan Penjara Malaysia juga berhasrat untuk melaksanakan Tahanan Rumah dan Penangguhan Hukuman dengan Intervensi.

Tambah Saifuddin, pelaksanaan Tahanan Rumah akan memberi kelonggaran kepada golongan tertentu khususnya ibu mengandung untuk menjalani hukuman di luar penjara.

Katanya lagi, dalam masa yang sama pelaksanaan Tahanan Rumah akan dapat mengurangkan kadar kesesakan di penjara.

“Seorang wanita dijatuhkan hukuman atas apa pun kesalahan sedang hamil, kerana hukumannya itu dia mesti ditempatkan di penjara.

“Kalau kita boleh adakan tahanan di rumah ibu hamil ini yang sepatutnya berada di rumah jaga kehamilan, kita pakaikan peranti pemantauan elektronik (EMD).

“Kalau kita tidak terokai cara ini, ibu hamil itu akan jadi penghuni penjara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.