nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2024: Bonus RM2,000 untuk penjawat awam

13 OKT : Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran itu akan dilakukan secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Selain itu, bonus ini juga termasuk untuk mereka yang berstatus lantikan kontrak.

Sementara itu, RM1,000 pula diberikan kepada semua jawatan utama sektor awam yang melibatkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.SSPA juga akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut menyarankan majikan swasta untuk mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja swasta.

“Tahun hadapan kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan bersetuju memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian menghadiri upacara rasmi untuk meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak dalam menggalakkan penghasilan batik Malaysia yang berkualiti tinggi.

Selain itu, liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi sektor swasta.

Jelas Anwar, peningkatan jumlah ini akan membolehkan  penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa bertugas.

“Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta,” katanya.

Sebanyak 2.4 bilion ringgit turut  diperuntukkan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.

Anwar berkata Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara  berjaya mempercepat pelaksanaan projek khususnya melibatkan isu kesesakan di hospital dan pembaikan sekolah dan klinik daif.

“Tahun hadapan, Pasukan STAR diberi tanggungjawab untuk mempercepat pelaksanaan projek selenggara lif/91 juta dan kuarters kerajaan/170 juta,” katanya. OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.