Inti pati Belanjawan 2024
Berikut inti pati Belanjawan 2024 bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.
-RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka.
-Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun.
– Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
-Insentif RM1,000 kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
-Kadar maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan kepada RM3,700.
–Harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan.
–Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dinaikkan kepada 8 peratus tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi.
-Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024
-Rebat sehingga RM2,400 beli motosikal elektrik
-Cukai Keuntungan Modal dikuat kuasa bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus.
-Pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus.
-Pertumbuhan KDNK dijangka antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.
-Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran tahun ini dan 5.6 peratus bagi tahun 2022.
-Pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai 2024.
-Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalur terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion.
-Kuat kuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
-Cukai minimum global pada 2025 yang hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta.
-Pendekkan tempoh proses pensijilan halal daripada 51 hari kepada 30 hari.
-RM25 juta dana tambahan i-TEKAD secara geran padanan dengan institusi kewangan.
-RM500 juta peruntukan tambahan bagi pinjaman mudah untuk meningkatkan pembangunan semula tanah wakaf seluruh negara.
-RM44 bilion nilai keseluruhan pinjaman dan jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS.
-RM1.4 bilion pinjaman mikro BSN untuk bantu sediakan modal perniagaan, pembelian peralatan, premis serta pemasaran kepada penjaja dan pengusaha kecil-kecilan.
RM300 juta pembiayaan TEKUN kepada peniaga kecil, usahawan Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. RM30 juta khusus untuk membiayai perniagaan diusahakan masyarakat India.
-RM720 juta peruntukan khas bagi menggalakkan wanita dan anak muda menceburi bidang perniagaan.
-RM8 bilion dana pinjaman di bawah BNM untuk menyokong syarikat PKS.
-RM600 juta dana Impak Khazanah Nasional galakkan pertumbuhan ekonomi
-RM100 juta peruntukan bagi menyokong inisiatif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membasmi kemiskinan.
-RM100 juta geran pendigitalan sehingga RM5,000 manfaat lebih 20,000 usahawan PKS dan pengusaha mikro.
RM900 juta kepada PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.
-RM40 juta pelaksanaan Program Shop Malaysia Online bagi menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.
-RM25 juta peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN akan terus diperkasa bagi menyokong pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian.
-RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET.
-RM100 juta bagi menyediakan pensijilan profesional diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.
-RM17 juta Program Tahfiz TVET
-Pelepasan cukai perbelanjaan kursus bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri sehingga RM2,000 dilanjutkan hingga tahun taksiran 2026.
-RM110 juta baik pulih dan naik taraf pusat penjaja serta prasarana pasar awam yang uzur di 150 kawasan PBT.
-RM150 juta menyelenggara dan membaiki tandas awam di seluruh negara.
-Pengecualian bayaran sewa kiosk 6 bulan pertama.
-RM27 juta perhebat kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dan Program MySTI.
-RM10 juta program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport bagi meningkatkan pengembangan perdagangan francais ke pasaran luar negara.
-RM50 juta Geran Padanan bersama Lembaga Pelabuhan Klang untuk menyenggara Jalan Pelabuhan Klang di samping turut menguatkuasakan had beban lebih muatan ke atas kenderaan berat.
-RM20 juta naik taraf Sistem Malaysia Maritime Single Window (MMSW) secara geran padanan bersama Lembaga Pelabuhan.
-Perkenal Galakan Cukai Hab Perkhidmatan Global dengan Insentif kadar cukai pendapatan 5% atau 10% ditentu berdasarkan keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 tahun.
-RM47 juta naik taraf Lapangan Terbang Tioman.
-RM20 juta kerajaan negeri menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan.
-RM80 juta memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO
-Melonggarkan syarat-syarat permohonan Malaysia My Second Home (MM2H) bagi meningkatkan kedatangan pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.
-RM60 juta dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.
-RM90 juta inisiatif Film In Malaysia Incentive (FIMI) bagi menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.
-RM10 juta skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam hasilkan projek kreatif.
-RM3 bilion usaha rintis penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di beberapa kawasan jelapang antaranya di Perak, Perlis dan Kedah.
-Meneruskan subsidi diesel pada harga terendah, elaun sara hidup bulanan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan kepada nelayan.
-RM10 juta bantuan kepada nelayan berpendapatan rendah bagi membaik pulih dan membina rumah baharu.
-RM50 juta pemberian pampasan kepada petani, penternak dan nelayan sehingga 50% daripada nilai kerugian akibat bencana di bawah Tabung Bencana Pertanian.
-RM200 juta inisiatif Payung Rahmah diperluas ke lebih banyak kawasan DUN.
-RM1.2 bilion bantuan penjagaan OKU kronik terlantar, OKU tidak upaya bekerja dan elaun pekerja OKU.
-Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM58.7 billion (2023: RM55.2 bilion).
-Kementerian Kesihatan Malaysia menerima peruntukan RM41.2 bilion (2023: RM36.3 bilion).
-Kerajaan bersetuju supaya had siling gaji bagi Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 selaras dengan pindaan Skim PERKESO bagi sektor swasta.
-RM10 juta sumbangan kerajaan untuk Palestin.