nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwa MP PN diugut sokong kerajaan, PM tuntut bukti

18 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin digesa mengemukakan bukti terhadap dakwaan kononnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut supaya menyokong Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Hamzah sesuatu yang serius dan sewajarnya disiasat.

“Kalau dia (Hamzah) ada bukti dia kena bawa, tapi apa lagi dia nak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut.

“Kalau ada bukti kena keluarkan dan jangan pakai bedal saja…dan kalau ada (ugutan), ini satu tuduhan serius. Dia patut bawa laporan dan biar ada siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucapan merasmikan Simposium Laluan Ke Arah Kesejahteraan Lebih Baik Untuk Malaysia di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu Hamzah mendakwa Ahli Parlimen Bersatu itu diugut supaya menyokong kerajaan dan akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan.

Katanya, tindakan menakut-nakutman wakil rakyat PN itu didakwa bertujuan supaya Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Ahli Parlimen Larut itu mendakwa Iskandar Dzulkarnain dibawa bertemu seorang pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah hotel di Damansara, 1 Oktober lalu dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengucapkan terima kasih terhadap Iskandar Dzulkarnain yang menyokong pentadbirannya.

“Saya belum menghubungi dia, telefon untuk berjumpa, tapi lihat dari kenyataan dia saya ucap terima kasihlah dia beri sokongan.

“Soal dia nak kekal dengan PN itu keputusan dia, tetapi saya fikir kalau orang lihat umpamanya apa yang kita cuba lakukan dan dasar ekonomi dan merakyatkan jadi sepatutnya dia bagi satu dukungan yang baiklah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.