18 OKT : Pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan yang juga pemegang saham bergelar ‘Datuk’ ditahan polis petang, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata turut ditahan isteri dan anak lelakinya.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55 dan anaknya, 26 ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,” katanya, lapor Bernama, malam tadi.
Beliau berkata, polis akan membuat permohonan reman, hari ini.