19 OKT : Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mempertahankan penafian Israel terlibat dalam pengeboman Hospital Al-Ali Al-Arabi di Gaza yang meragut 500 nyawa pada Selasa.
Biden berkata insiden itu berlaku akibat tembakan roket yang salah tembak oleh pihak lain.
Dalam lawatan singkatnya ke Tel Aviv, Biden menunjukkan solidariti kepada Israel dan kemudiannya memberikan pertuduhan yang lebih tegas dengan mengatakan “berdasarkan maklumat yang kami lihat setakat ini, ia kelihatan sebagai hasil daripada roket sesat di Gaza.”
Beliau berkata, penilaian itu bergantung pada data yang ditunjukkan oleh jabatan pertahanan AS.
Sementara itu kumpulan pejuang Hamas berkata Israel bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Menurut pengarah hospital tersebut, Israel mengeluarkan amaran pengeboman ke atas hospital itu sebelum kejadian tersebut.
Pengeboman hospital itu dikecam masyarakat dunia yang jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.