nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan pertimbang calon pengasuh Taska buat ujian psikometrik

19 OKT : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat keperluan untuk pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan calon pengasuh menjalani ujian psikometrik.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia merupakan salah satu langkah dan penambahbaikan yang diambil bagi usaha  mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak ketika dalam penjagaan orang lain terutamanya di taska.

Sehubungan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama  Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dan mengkaji cadangan untuk memperketatkan dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon-calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.

“Selain itu, kita akan memperkemaskan pasukan penguatkuasaan kita dan di bawah inisiatif ini penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak yang baru saya umumkan sebelum ini.

“Kita akan menyusun semula penempatan pegawai di setiap daerah dengan menempatkan pegawai yang akan memberi fokus untuk melaksanakan tugas, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan khususnya untuk pusat jagaan kanak-kanak dan Taska sahaja.

“Ini akan dimulakan di 43 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko dan kita akan melaksanakannya pada tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau)  mengenai langkah yang diambil kementerian itu dalam mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di negara ini pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Dalam pada itu, Nancy (GPS-Santubong) berkata Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga akan memperketatkan peraturan dan garis panduan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taska.

Jelas beliau, pengusahan perlu memastikan memastikan tiada titik buta dalam liputan CCTV kecuali di tempat-tempat privasi seperti di bilik air dan tempat  persalinan.

Pada masa sama, beliau berkata usaha untuk mengurangkan risiko penderaan kanak kanak ketika dalam penjagaan keluarga memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding di pusat asuhan dan taska. 

“KPWKM dan JKM mempunyai kawalan langsung terhadap pusat jagaan dan Taska melalui peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Manakala penderaan di dalam komuniti ataupun keluarga sendiri meliputi pelbagai faktor yang lebih luas  melangkaui bidang kuasa dan kemampuan KPWKM dan JKM semata-mata,” katanya. 

Sehubungan itu, Nancy berkata antara usaha yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah program kesedaran terhadap hukuman ke atas pendera kanak-kanak, program memperkasakan kanak-kanak serta komuniti.

“Pada masa sama, KPDKWN akan melindungi dan membantu kanak-kanak mangsa penderaan dengan  mengutamakan pemeliharaan berasaskan keluarga dan pembesaran di institusi adalah pilihan terakhir,” katanya. OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.