nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Inflasi catat penurunan : DOSM

20 OKT : Inflasi Malaysia terus mereda kepada 1.9 peratus pada September 2023 berbanding 2.0 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan inflasi yang amat sederhana itu didorong kenaikan lebih rendah kumpulan restoran & hotel (4.4 peratus) dan makanan & minuman bukan alkohol (3.9 peratus).

Katanya, peningkatan sederhana itu turut disumbangkan oleh kenaikan kumpulan pelbagai barangan & perkhidmatan (2.5 peratus); kesihatan (2.2 peratus); pendidikan (2.0 peratus); perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (1.6 peratus) dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (1.5 peratus).

“Minuman alkohol & tembakau dan perkhidmatan rekreasi & kebudayaan masing-masing meningkat sebanyak 0.7 peratus dan 0.6 peratus,” katanya lapor BH.

Mohd Uzir berkata, kumpulan makanan & minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) merekodkan peningkatan sederhana iaitu 3.9 peratus berbanding 4.1 peratus pada Ogos 2023.

Tambahnya, komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan 2.5 peratus berbanding 2.9 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

Katanya, kenaikan komponen makanan di rumah adalah didorong terutamanya oleh subkumpulan beras, roti dan bijirin lain (4.1 peratus), diikuti oleh subkumpulan daging dan susu, keju dan telur masing-masing meningkat 3.4 peratus.

“Sementara itu, bagi komponen makanan di luar rumah kekal pada 5.9 peratus, kadar sama yang direkodkan pada Ogos 2023,” katanya.

Produk beras import dan beras wangi import masing-masing meningkat 9.5 peratus dan 6.1 peratus berbanding 3.6 peratus dan 2.0 peratus pada Ogos 2023.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.9 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (6.1 peratus), Zon Euro (4.3 peratus), Republik Korea (3.7 peratus), Vietnam (3.7 peratus), Amerika Syarikat (3.7 peratus) dan Indonesia (2.3 peratus).

Namun, kadar yang dicatatkan Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand (0.3 peratus) dan China (sifar peratus).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.